Identiti sekolah Sekolah_Kebangsaan_Kampung_Titingan

Logo

Logo SK Titingan
Ciri logoMaksud
BiruMemberi maksud mengamalkan semangat perpaduan di kalangan semua warga sekolah
Hijau gambar daunMenandakan sekolah ini terletak di bumi peladang daerah Tawau
Hijau sukanMemberi maksud mencintai sukan
MerahBerani menghadapi cabaran dalam zaman era globalisasi
KuningLambang menghormati agama dan Yang Dipertuan Agong dan T.Y.T Sabah
Angka 4Bermaksud sekolah berhasrat menjadikan warga sekolah yang maju dan cemerlang dalam Akademik, Kokurikulum, Sahsiah, dan ICT.

Moto sekolah

Wawasan Teras KejayaanMenandakan sekolah berwawasan yang mempunyai misi melahirkan insan berdaya maju selaras dengan hasrat wawasan 2020.

Ikrar sekolah

Bahawa dengan sesunguhnya, kami murid-murid Sekolah Kebangsaan Kampung Titingan, Tawau berikrar bahawa kami akanĀ :

  1. Berusaha bersungguh-sungguh untuk cemerlang dalam Kurikulum dan Kokurikulum.
  2. Mentaati Rukan Iman, Rukun Islam, dan Rukun Negara.
  3. Menghormati Ibu Bapa, guru-guru serta rakan-rakan.
  4. Mematuhi segala peraturan sekolah.
  5. Menjaga kebersihan, keceriaan dan harta benda sekolah.
  6. Mengamalkan nilai-nilai murni dan berakhlak mulia.
  7. Menjaga nama baik sekolah.